Realiti pemikiran remaja kita hari ini sudah terbuka luas bagaikan tidak mempunyai batasan tertentu. Realiti ini amat menakutkan kita dan ianya harus diambil tindakan awal untuk membendung permasalahan ini dari terus menular dengan luas. Bak kata pepatah sebelum rebung menjadi buloh.
Hal ini bukanlah perkara baru, tetapi ianya semakin menjadi-jadi tanpa kawalan. Ini membuktikan pendidikan, kesedaran dan bimbingan tidak berlaku di dalam masyarakat kita dalam usaha memimpin generasi muda hari ini.
Marilah kita mulakan langkah awal dalam usaha menyebarkan maklumat, memberikan kesedaran dan membimbing remaja kita ke arah yang lebih baik. Inilah ruang yang kita mampu menyumbang tenaga, pemikiran dan usaha dalam memperbaiki generasi muda kita sekarang untuk mereka memimpin generasi akan datang.
Mari kita bersatu membaiki keaadaan masyarakat remaja kita sebelum ianya semakin parah!!
Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf (kebaikan), dan mencegah dari perkara-perkara mungkar (kejahatan/ kebatilan) dan beriman kepada Allah
Al Imraan 110