Logo Pelancaran Kempen Anda Bijak Jauhi Zina
Kempen ini telah selamat disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Datin Paduka Seri Hajjah Zaleha Ismail di Dewan Wawasan Convention & Exibition Centre Seri Cempaka Services Suite, Menara PGM, Cheras pada tahun 2007. Setelah selesai pelancaran ini, penaung utama Rumah Perlindungan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah ini ialah YTM Tengku Besar Terengganu, Sharifah Nong Assegaff . Kempen ini mula menyerap masuk ke dalam masyarakat khususnya di kalangan remaja, belia dan mahasiswa. Perlbagai bentuk program telah dilakukan oleh pihak Raudhatus Sakinah untuk menyatakan bahawa zina itu memberi impak besar yang nagetif ke atas perkembangan individu dan sosial.
Selaras dengan usaha yang telah dilaksanakan pada tahun yang lalu, pihak Raudhatus Sakinah Berhad akan meluaskan lagi bentuk kerjasama dengan semua pihak termasuklah diperingkat agensi-agensi kerajaan bagi mengurangkan gejala tidak sihat ini dari terus menular.
Sehubungan dengan itu, setelah selesainya pelancaran kempen ini, diharapkan semua pihak (pengusaha konsultan dalam latihan, warga pendidik, para profesional khususnya para kaunselor dan sebagainya, individu-individu yang mempunyai kesedaran akan hal ini) mampu memberikan satu bentuk komitmen yang terbaik dalam usaha membendung gejala ini terus berlaku di Malaysia.